Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Polis Buka Kertas Siasatan Ke Atas Menteri Besar Kedah Kpn

Diterbitkan: 13 Jul 2023 1.40 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.20 PM
Kuala Lumpur, 13 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan semalam terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja), dalam ceramah politiknya baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-buka-kertas-siasatan-ke-atas-menteri-besar-kedah-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:31 MYT
Kuala Lumpur, 13 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan semalam terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja), dalam ceramah politiknya baru-baru ini.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan berkenaan kes itu, dijangka mengambil masa selama tujuh hari.

“Penyiasatan yang pantas kita lakukan. Sebenarnya tak boleh cepat tetapi kita akan buat siasatan yang mana kita ada pasukan petugas yang akan menyiasat kes berkaitan 3R ini, yang dianggotai seramai 21 pegawai.

“Dalam siasatan kita (berkaitan 3R), daripada 27 Mac (sehingga kini), kita telah buka kertas siasatan berjumlah 61 kes termasuk kes terbaharu melibatkan Menteri Besar Kedah,” katanya dalam Sidang Media Ketua Polis Negara di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Bacaan lanjut menerusi pautan berikut,  

https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

 
ArtikelDiterbitkan 13 Jul 2023 1.40 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.20 PM