
Article
Artikel Pilihan Polis Bongkar Kilang Proses Arak Tiruan
Johor Bahru, 12 Mei 2021 - Polis berjaya membongkar satu sindiket pemprosesan arak tiruan dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah kilang di Jalan Idaman 1...
Johor Bahru, 12 Mei 2021 - Polis berjaya membongkar satu sindiket pemprosesan arak tiruan dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah kilang di Jalan Idaman 1/10, Taman Desa Idaman, Senai di sini, kelmarin.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar berkata, serbuan itu dijalankan pihaknya pada pukul 6.10 pagi.
Katanya, serbuan berkenaan dibuat menerusi Op Kontraban yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.
“Dalam serbuan tersebut, polis menahan dua suspek yang merupakan pekerja, masing-masing seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun dan seorang lelaki warga Myanmar berusia 35 tahun.
“Polis turut merampas 93 tong drum berisi 18,600 liter cecair arak tiruan, 17 gelen (340 liter) pati campuran arak dan 5,419 botol (4,138.84 liter) arak.
“Turut dirampas, sebuah kenderaan jenis Toyota Hiace, lima pam air, beberapa gulung pelekat Kastam palsu dan dua mesin gerudi. Kesemua rampasan bernilai RM9.55 juta,” katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
https://www.kosmo.com.my/.../polis-bongkar-kilang-proses.../
https://www.kosmo.com.my/.../polis-bongkar-kilang-proses.../