Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Polis Awasi Media Sosial Elak Gugat Ketenteraman Awam Timbalan Kpn

Diterbitkan: 19 Aug 2021 1.14 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim berkata, ekoran situasi semasa negara ketika ini, polis memantau semua keadaan agar tiada pihak mengambil kesempatan menimbulkan keadaan yang boleh mencetuskan kebimbangan rakyat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-awasi-media-sosial-elak-gugat-ketenteraman-awam-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:15 MYT
Kota Bharu, 19 Ogos 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran, agar tiada pihak mencetuskan spekulasi atau apa-apa bentuk hasutan yang boleh mengancam ketenteraman awam negara.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim berkata, ekoran situasi semasa negara ketika ini, polis memantau semua keadaan agar tiada pihak mengambil kesempatan menimbulkan keadaan yang boleh mencetuskan kebimbangan rakyat.

"Rakyat jangan risau dan khuatir kerana polis beri jaminan, keselamatan dan ketenteraman awam terjamin cuma kita minta kepada rakyat jangan buat spekulasi, hasut serta buat perkara tidak sepatutnya kerana ini akan mengancam keselamatan negara.

"Kalau dari segi apa yang berlaku sekarang ini (isu politik), aman, tenang dan terkawal. Tiada masalah, kita jamin tapi jangan bila sudah elok macam ini, rakyat pula buat spekulasi, viral bermacam-macam," katanya ketika sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Datuk Seri Haji Mazlan berkata, pihaknya turut memantau platform media sosial bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini, sekaligus menggugat keselamatan serta ketenteraman negara.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-awasi-media-sosial...
ArtikelDiterbitkan 19 Aug 2021 1.14 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM