Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Polis Akan Panggil Pemilik Syarikat Didakwa Seleweng Dana Latihan Penerbangan

Diterbitkan: 26 Oct 2024 12.01 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, semua pihak lain yang terlibat, termasuk pelatih penerbangan yang menjadi mangsa dan saksi-saksi lain, akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-akan-panggil-pemilik-syarikat-didakwa-seleweng-dana-latihan-penerbangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:24 MYT
Kuala Lumpur, 26 Oktober 2024 - Polis akan memanggil pemilik syarikat bumiputera yang didakwa menyeleweng wang yuran program latihan penerbangan yang sepatutnya dibayar kepada sebuah akademi penerbangan di luar negara dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, semua pihak lain yang terlibat, termasuk pelatih penerbangan yang menjadi mangsa dan saksi-saksi lain, akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

“Semua individu ini kita akan panggil dalam masa terdekat bagi membantu melengkapkan siasatan, bila mereka akan dipanggil bergantung kepada pegawai penyiasat kes ini.

“Pihak polis juga akan meneliti dokumen perjanjian melibatkan syarikat berkenaan dan pelatih serta transaksi kewangan melibatkan pembayaran wang yuran yang dilakukan oleh keluarga pelatih berkenaan kepada syarikat itu,” katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Polis Akan Panggil Pemilik Syarikat Didakwa Seleweng Dana Latihan Penerbangan
ArtikelDiterbitkan 26 Oct 2024 12.01 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM