Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Akan Bekerjasama Dengan Pemilik Bot Bantu Mangsa Banjir Timbalan Kpn

Published: 02 Nov 2021 1.59 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, langkah mengesan dan mengkoordinasi pemilik-pemilik bot dalam kalangan penduduk setempat itu akan dilakukan oleh ketua-ketua polis di setiap daerah yang terlibat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-akan-bekerjasama-dengan-pemilik-bot-bantu-mangsa-banjir-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:16 MYT
Tumpat, 2 November 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengumpulkan pemilik-pemilik bot persendirian di negeri-negeri yang terbabit dengan banjir bagi bekerjasama membantu operasi menyelamat dan memindahkan mangsa bencana pada musim tengkujuh.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, langkah mengesan dan mengkoordinasi pemilik-pemilik bot dalam kalangan penduduk setempat itu akan dilakukan oleh ketua-ketua polis di setiap daerah yang terlibat.

Menurutnya, kerjasama antara pasukan penyelamat dan pengendali serta pemilik bot tempatan itu diperlukan kerana mereka lebih arif berkaitan selok-belok kawasan masing-masing yang akan dapat membantu penugasan menyelamat mangsa banjir.

“Kami memerlukan mereka yang mempunyai pengetahuan di lokasi yang berlaku banjir untuk bekerjasama dengan pasukan penyelamat supaya lebih memudahkan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir.

“Oleh itu, saya beri arahan kepada ketua polis daerah supaya penduduk-penduduk kampung yang ada bot ini tampil untuk berdaftar dan bekerjasama dengan pihak polis,” katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Polis bekerjasama dengan pemilik bot bantu mangsa banjir
ArticlePublished 02 Nov 2021 1.59 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM