Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pm Seru Pdrm Tambah Baik Peranan Imej Dan Integriti

Published: 10 Feb 2024 1.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Melaka,10 Februari 2024 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menambah baik peranan masing-masing dalam menjaga keamanan negara ini serta mengembalikan integriti agensi keselamatan itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pm-seru-pdrm-tambah-baik-peranan-imej-dan-integriti
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:07 MYT
Melaka,10 Februari 2024 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menambah baik peranan masing-masing dalam menjaga keamanan negara ini serta mengembalikan integriti agensi keselamatan itu.
Beliau berkata, PDRM memerlukan ketangkasan dan kecekapan dalam pasukannya dengan tahap kredibiliti pegawainya yang lebih profesional serta mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kelompok kecil yang merosakkan imej PDRM.
Dato' Seri Anwar berkata, ini kerana PDRM dilihat sebagai benteng pertahanan utama domestik untuk mengangkat martabat negara.

"Ketua Polis Negara beberapa hari lalu menyergah kuat pegawai-pegawai polis yang terbabit dalam beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa. Dia (Ketua Polis Negara) maklum saya bahawa jumlah ini kecil, walaupun jumlahnya kecil ia memberi imej buruk kepada PDRM keseluruhannya.

"Saya minta kerjasama PDRM perbaiki, cuba ubah imej dan sistem negara kita ini. Negara kita ini punyai rekod cemerlang dalam banyak hal tetapi negara kita juga tercemar dengan imej salah guna kuasa dan rasuah yang mencalar," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, di sini, bersempena lawatan rasminya ke Melaka semalam.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Artikel Pilihan Pm Seru Pdrm Tambah Baik Peranan Imej Dan Integriti
ArticlePublished 10 Feb 2024 1.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM