
Artikel
Artikel Pilihan Pkp Tidak Halang Pasangan Polis Genggam Ijazah Sarjana
Serdang, 1 Disember 2022 - Cabaran yang dihadapi sebagai petugas barisan hadapan, khususnya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak sesekal...
Serdang, 1 Disember 2022 - Cabaran yang dihadapi sebagai petugas barisan hadapan, khususnya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak sesekali melunturkan semangat sepasang suami isteri untuk menggenggam ijazah sarjana dalam bidang komunikasi.
Mohd Hafiz Hafizul yang juga Pegawai Penguatkuasa di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur berkata segala cabaran dan halangan dihadapi menjadi pencetus semangat untuk meneruskan pengajian, di samping menabur bakti kepada masyarakat serta negara tercinta.
"Sepanjang tempoh pengajian, kami bukan sahaja terpaksa bekerja dalam tempoh 24 jam secara bergilir sementara cuti pula dibekukan.
"Dalam tempoh itu juga, kami terpaksa belajar secara dalam talian walaupun ketika waktu operasi sekatan jalan raya dengan suasana bising akibat daripada bunyi kenderaan," katanya kepada pemberita selepas majlis itu di sini, hari ini.