Article
Artikel Pilihan Pga Tahan Lelaki Bersama Rokok Arak Bernilai Hampir Rm2 Juta Di Muar
Muar, 22 Mac 2022 - Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Renggam menahan seorang lelaki tempatan dan merampas rokok serta arak disyaki barang seludup u...
Muar, 22 Mac 2022 - Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Renggam menahan seorang lelaki tempatan dan merampas rokok serta arak disyaki barang seludup untuk pasaran tempatan bernilai hampir RM2 juta dalam serbuan di dua lokasi berbeza di sini, kelmarin.
Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superitendan Dimin Awang berkata dalam serbuan pada pukul 4 petang, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan ketika sedang menyusun kotak rokok ke dalam kereta di sebuah rumah di Jalan Junid, di sini.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut ke atas kotak-kotak tersebut, telah menemukan rokok dan arak pelbagai jenis antaranya 2,765 karton rokok Tiara, 415 karton U2 Merah, 285 karton Canyon Menthol dan 452 karton Canyon Premium.
“Pihak kami juga merampas enam karton rokok jenama Texas 5 Hijau, 38 karton Zon King, 35 karton John JGI, lima karton Galaxy serta tiga kotak arak Mc Dowells 750 ml, tujuh kotak Mc Dowells 350 ml dan satu kotak Club 99 Whisky 350 ml,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.