Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pga Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih Rm8 Juta Di Tawau

Published: 11 Jan 2022 12.08 PM Updated: 17 Jul 2026 2.23 AM
Tawau, 11 Januari 2022 - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 362,600 bungkus rokok seludup dianggarkan bernilai RM8.69 juta selepas menahan sebuah lori dipandu seorang lelaki di tepi jalan Kampung Iban, Merotai dekat sini malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pga-rampas-rokok-seludup-bernilai-lebih-rm8-juta-di-tawau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:20 MYT
Tawau, 11 Januari 2022 - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 362,600 bungkus rokok seludup dianggarkan bernilai RM8.69 juta selepas menahan sebuah lori dipandu seorang lelaki di tepi jalan Kampung Iban, Merotai dekat sini malam tadi.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 Pasukan Gerakan Am Tawau, Superintendan Mohd Yacob Murad berkata pihaknya melakukan intipan menerusi Op Kontraban pada 10 malam dan mengesan lori dipandu lelaki berusia 37 tahun tersebut dalam keadaan mencurigakan dengan bahagian belakang lori ditutup kanvas.

"Pemeriksaan ke atas lori menemukan 604 kotak besar berisi pelbagai jenama rokok seludup yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran di negeri ini.

"Rokok yang ditemukan adalah jenama A-Satu (161,600 bungkus), Tex Hijau (108,500), Tex Merah (68,000) dan Tex Biru (24,500) yang semuanya dianggarkan bernilai RM8,690,888.00" katanya dalam kenyataan.

Superintendan Mohd Yacob berkata pihaknya menahan pemandu lori dan merampas kenderaan itu serta satu telefon bimbit.

Katanya lelaki itu dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 11 Jan 2022 12.08 PMUpdated 17 Jul 2026 2.23 AM