Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pga Jadi Agensi Tunggal Kawal Sempadan Negara

Diterbitkan: 30 Sep 2021 1.20 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin berkata, PGA akan meneruskan semua fungsi dan peranan yang sebelum ini dilaksana AKSEM di kawasan sempadan melalui peruntukan undang-undang sedia ada.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pga-jadi-agensi-tunggal-kawal-sempadan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:12 MYT
Bukit Kayu Hitam, 30 September 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) kini menjadi agensi tunggal dalam penugasan keselamatan dan penguatkuasaan sempadan negara susulan penstrukturan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) ke dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin berkata, PGA akan meneruskan semua fungsi dan peranan yang sebelum ini dilaksana AKSEM di kawasan sempadan melalui peruntukan undang-undang sedia ada.

Katanya, penstrukturan dan penggabungan AKSEM ke dalam PDRM akan membolehkan PGA meningkatkan fokus kawalan serta penguatkuasaan kawasan sempadan terutama di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.

"Hari ini, tercatat satu lagi peristiwa di dalam lembaran sejarah negara, apabila PDRM diberi amanah dan tanggungjawab baharu lebih besar dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara di kawasan sempadan.

"PDRM melalui PGA akan meneruskan semua fungsi dan peranan yang dilaksanakan AKSEM di seluruh sempadan negara melalui pelbagai peruntukan undang-undang sedia ada," katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Tugas AKSEM kepada PDRM di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../pga-jadi-agensi-tunggal...

Sumber: Harian Metro

PGA jadi agensi tunggal kawal sempadan negara [METROTV] | Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 30 Sep 2021 1.20 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM