Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pga Digerakkan Lakukan Rondaan Di Klia Menteri Pengangkutan

Published: 17 Apr 2024 1.15 PM Updated: 15 Aug 2026 8.18 PM
Putrajaya, 17 April 2024 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerakkan bagi melakukan rondaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pga-digerakkan-lakukan-rondaan-di-klia-menteri-pengangkutan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:41 MYT
Putrajaya, 17 April 2024 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerakkan bagi melakukan rondaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Pengangkutan, Tuan Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu dimaklumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, penempatan PGA itu sama ada kekal atau bersifat sementara akan diputuskan sendiri oleh KDN.

“Kabinet dimaklumkan bahawa KDN telah menghantar pasukan PGA ke lapangan terbang tersebut untuk melakukan rondaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Anthony Loke berkata, berhubung tahap keselamatan di KLIA pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan PDRM akan duduk bersama dalam membincang isu berkenaan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.utusan.com.my/.../pga-digerakkan-lakukan.../

ArticlePublished 17 Apr 2024 1.15 PMUpdated 15 Aug 2026 8.18 PM