Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pga Briged Tenggara Rampas Barangan Bernilai Lebih Rm119 Juta

Diterbitkan: 01 Feb 2023 1.40 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 1 Februari 2023 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya merampas pelbagai jenis barangan bernilai lebih RM119 juta sepanjang Op Wawasan yang dilaksanakan di sempadan Malaysia-Thailand, tahun lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pga-briged-tenggara-rampas-barangan-bernilai-lebih-rm119-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:41 MYT
Kota Bharu, 1 Februari 2023 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya merampas pelbagai jenis barangan bernilai lebih RM119 juta sepanjang Op Wawasan yang dilaksanakan di sempadan Malaysia-Thailand, tahun lepas.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun berkata jumlah itu membabitkan 1,008 kes serbuan dan tangkapan bagi pelbagai kesalahan seperti jenayah rentas sempadan serta penyeludupan barang kawalan ke Thailand.

“Untuk Batalion 7 PGA sahaja, jumlah keseluruhan kes pada 2022 ialah 400 kes dengan nilai rampasan keseluruhan lebih RM34 juta,” katanya menerusi kenyataan media sempena Majlis Serah Terima Tugas Op Wawasan antara Batalion 7 dan Batalion 8 di Markas Taktikal PGA Lubok Setol, Pasir Mas, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi menyerahkan tugas Op Wawasan Kelantan kepada Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Superintendan Shohaiami Ismail.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 01 Feb 2023 1.40 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM