Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Petugas Pdrm Cekal Beri Komitmen Dalam Misi Sar

Published: 20 Dec 2022 5.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Petaling Jaya, 20 Disember 2022 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menyifatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa tanah runtuh di Father’s Organic Farm sememangnya terlatih.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-petugas-pdrm-cekal-beri-komitmen-dalam-misi-sar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:22 MYT
Petaling Jaya, 20 Disember 2022 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menyifatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa tanah runtuh di Father’s Organic Farm sememangnya terlatih.

Tan Sri Acryl Sani berkata, meskipun operasi berkenaan memasuki hari keempat namun pegawai dan anggotanya sudah terlatih dari segi emosi dan fizikal dalam apa jua cabaran dan keadaan terutama melibatkan bencana seperti ini.

Jelas beliau, setiap penugasan mereka telah diatur baik dengan mengambil kira aspek kebajikan dan kepakaran masing-masing.

Kualiti persediaan dan latihan serta tugasan telah diterapkan sebagai pengetahuan dan kemahiran pengurusan serta aspek psikologi yang berkesan.

“Walaupun keletihan, saya yakin barisan petugas dapat memberikan sepenuh komitmen dalam melaksanakan misi mencari dan menyelamat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.utusan.com.my/.../petugas-pdrm-cekal-beri.../

Sumber: Utusan Online

Artikel Pilihan Petugas Pdrm Cekal Beri Komitmen Dalam Misi Sar

ArticlePublished 20 Dec 2022 5.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM