Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pesara Polis Terjejas Banjir Boleh Mohon Bantuan Tawp Hingga Rm10 000 Timbalan Kpn

Diterbitkan: 21 Dec 2021 2.41 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kangar, 21 Disember 2021 - Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku ketika ini boleh memohon bantuan kewangan daripada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) sehingga RM10,000.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pesara-polis-terjejas-banjir-boleh-mohon-bantuan-tawp-hingga-rm10-000-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:20 MYT
Kangar, 21 Disember 2021 - Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku ketika ini boleh memohon bantuan kewangan daripada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) sehingga RM10,000.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, bantuan ini turut diberikan kepada mereka yang terkesan dengan bencana kebakaran.

"(Bantuan ini) sehingga RM10,000 mengikut keadaan, rumah yang terjejas bukan sahaja bencana banjir tetapi kebakaran pun boleh, termasuk macam Flat Sri Johor itu, kalau ada pesara polis di situ, boleh tampil untuk kita bantu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.astroawani.com/.../banjir-pesara-polis...

Sumber: Astro AWANI
ArtikelDiterbitkan 21 Dec 2021 2.41 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM