Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pesalah Trafik Singapura Tidak Boleh Keluar Dari Malaysia Pengarah Jspt

Published: 07 Apr 2022 8.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 7 April 2022 - Pesalah trafik warga Singapura boleh dihalang keluar dari negara ini dan boleh ditangkap jika mempunyai saman tertunggak trafik serta saman berstatus waran tangkap.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pesalah-trafik-singapura-tidak-boleh-keluar-dari-malaysia-pengarah-jspt
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:31 MYT
Kuala Lumpur, 7 April 2022 - Pesalah trafik warga Singapura boleh dihalang keluar dari negara ini dan boleh ditangkap jika mempunyai saman tertunggak trafik serta saman berstatus waran tangkap.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim, berkata sehingga kini, sebanyak 108,757 saman masih belum dijelaskan daripada 143,427 saman yang dikeluarkan dari 2016 hingga 2021.

"JSPT ingin mengingatkan kepada semua pesalah trafik warganegara Singapura bahawa mereka boleh dihalang keluar dari negara ini jika mempunyai saman tertunggak sama ada Pol 170A atau Pol 257 berdasarkan di bawah Seksyen 66J Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 24(4) Akta Polis 1967.

"Jika pesalah trafik berkenaan mempunyai saman berstatus waran tangkap, polis akan menangkap pesalah trafik berkenaan dan dituduh di mahkamah dalam tempoh segera.

"Jika dapat dituduh pada hari yang sama, pesalah trafik berkenaan akan ditahan sekiranya tidak dapat mengemukakan penjamin dalam kalangan warganegara Malaysia, sebelum dituduh keesokkan harinya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../pesalah-trafik-singapura...

Sumber: Berita Harian
ArticlePublished 07 Apr 2022 8.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM