Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Peruntukan Tambahan Rm150 Juta Jamin Keselesaan Warga Pdrm Kpn

Published: 16 Jul 2023 8.25 AM Updated: 15 Aug 2026 8.20 PM
Petaling Jaya, 16 Julai 2023 - Penambahan peruntukan berjumlah RM150 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur dapat memperkasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain memastikan kebajikan anggota pasukan keselamatan tersebut terjamin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-peruntukan-tambahan-rm150-juta-jamin-keselesaan-warga-pdrm-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:13 MYT
Petaling Jaya, 16 Julai 2023 - Penambahan peruntukan berjumlah RM150 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur dapat memperkasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain memastikan kebajikan anggota pasukan keselamatan tersebut terjamin.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menzahirkan penghargaan tinggi kepada kerajaan terhadap penambahan peruntukan tersebut dalam usaha meningkatkan keselesaan warga PDRM.

“Kami menyambut baik penambahan peruntukan ini terutama bagi menaik taraf pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di beberapa negeri yang patut diberi perhatian.

“Peruntukan ini juga dapat membantu PDRM menyelenggara dan membaik pulih kerosakan kuarters polis yang uzur untuk memastikan setiap pegawai dan anggota dapat duduk lebih selesa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.utusan.com.my/.../peruntukan-tambahan-rm150.../

ArticlePublished 16 Jul 2023 8.25 AMUpdated 15 Aug 2026 8.20 PM