Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Peruntukan Rm150 Juta Diguna Jaga Kebajikan Anggota Baik Pulih Kuarters Lama Polis Kpn

Published: 22 Jul 2023 2.20 PM Updated: 17 Jul 2026 2.24 AM
Kuala Lumpur, 22 Julai 2023 - Peruntukan RM150 juta yang diumumkan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini antaranya akan dimanfaat untuk menjaga kebajikan serta membaik pulih kuarters dan balai polis lama bagi membolehkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerja dalam suasana kondusif serta selesa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-peruntukan-rm150-juta-diguna-jaga-kebajikan-anggota-baik-pulih-kuarters-lama-polis-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:26 MYT
Kuala Lumpur, 22 Julai 2023 - Peruntukan RM150 juta yang diumumkan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini antaranya akan dimanfaat untuk menjaga kebajikan serta membaik pulih kuarters dan balai polis lama bagi membolehkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerja dalam suasana kondusif serta selesa.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, ini termasuk mencari pejabat baharu ESSCOM (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) yang selama ini disewa oleh PDRM.

Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau berkata kerja-kerja baik pulih mesti dilaksanakan dengan betul agar fasiliti agensi berkaitan berada di tahap yang terbaik
 
.
Katanya peruntukan itu juga secara tidak langsung akan memantapkan lagi perkhidmatan PDRM.

Tan Sri Razarudin berkata, progres kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan bagi agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri, khususnya PDRM, perlu dipantau bagi memastikan warga pasukan keselamatan itu menerima manfaatnya.

"Saya juga telah menyatakan dalam mesyuarat saya bahawa RM150 juta ini perlu dipantau setiap minggu dari segi pembangunannya. Maksudnya jika kita mahu baik pulih, setiap minggu kita akan pantau untuk lihat perubahan di peringkat bawah ini.

"Biar kita rasa dan terlihat benda itu memang dibaik pulih dengan betul. Secara bukunya, tatakelola dan pengurusan pelaksanaannya mesti dalam keadaan yang baik dan betul," katanya.

Bacaaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2208926...

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 22 Jul 2023 2.20 PMUpdated 17 Jul 2026 2.24 AM