Artikel
Artikel Pilihan Peruntukan Rm150 Juta Diguna Jaga Kebajikan Anggota Baik Pulih Kuarters Lama Polis Kpn
Kuala Lumpur, 22 Julai 2023 - Peruntukan RM150 juta yang diumumkan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini antaranya akan dimanfaat untuk menjag...
Kuala Lumpur, 22 Julai 2023 - Peruntukan RM150 juta yang diumumkan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini antaranya akan dimanfaat untuk menjaga kebajikan serta membaik pulih kuarters dan balai polis lama bagi membolehkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerja dalam suasana kondusif serta selesa.
Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau berkata kerja-kerja baik pulih mesti dilaksanakan dengan betul agar fasiliti agensi berkaitan berada di tahap yang terbaik
.
Katanya peruntukan itu juga secara tidak langsung akan memantapkan lagi perkhidmatan PDRM.
Tan Sri Razarudin berkata, progres kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan bagi agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri, khususnya PDRM, perlu dipantau bagi memastikan warga pasukan keselamatan itu menerima manfaatnya.
"Saya juga telah menyatakan dalam mesyuarat saya bahawa RM150 juta ini perlu dipantau setiap minggu dari segi pembangunannya. Maksudnya jika kita mahu baik pulih, setiap minggu kita akan pantau untuk lihat perubahan di peringkat bawah ini.
"Biar kita rasa dan terlihat benda itu memang dibaik pulih dengan betul. Secara bukunya, tatakelola dan pengurusan pelaksanaannya mesti dalam keadaan yang baik dan betul," katanya.
Sumber: BERNAMA