Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Peruntukan Rm100 Juta Suntik Semangat Agensi Penguatkuasaan

Published: 14 Jul 2023 8.22 AM Updated: 15 Aug 2026 8.22 PM
https://www.bharian.com.my/.../peruntukan-rm100-juta...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-peruntukan-rm100-juta-suntik-semangat-agensi-penguatkuasaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:12 MYT
Kuala Lumpur, 14 Julai 2023 - Peruntukan RM100 juta kepada enam agensi penguatkuasaan negara bagi memperkukuh kelengkapan agensi berkenaan disifatkan sebagai satu suntikan semangat bagi meningkatkan keberkesanan dalam melaksanakan tugas.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang memberikan peruntukan tersebut kepada agensi penguatkuasaan.
Beliau berkata, peruntukan itu dapat memperkasakan pasukan Polis Diraja Malaysia dan menjaga kebajikan anggota.
Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan peruntukan RM100 juta bagi memperkukuh kelengkapan enam agensi penguatkuasaan selain penambahbaikan Elaun Pakaian Seragam bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta kajian bagi memperkasa organisasi dan menambah baik laluan kerjaya kepada Pegawai dan Anggota Skim Penguat Kuasa.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut,

ArticlePublished 14 Jul 2023 8.22 AMUpdated 15 Aug 2026 8.22 PM