Artikel Pilihan Permohonan Bergerak Dari Kampung Mulai 25 April
#COVID-19
ARTIKEL PILIHAN: PERMOHONAN BERGERAK DARI KAMPUNG MULAI 25 APRIL
Kuala Lumpur, 22 April 2020 - Rakyat yang berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula 25 April ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata permohonan itu boleh dibuat melalui dalam talian atau di balai polis berhampiran.
Bagaimanapun, kebenaran untuk membenarkan mereka pulang masih di peringkat kajian dengan nasihat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
"Mereka boleh mula melaporkan kepada polis melalui online, iaitu melalui aplikasi Gerak Malaysia yang mana ini kolaborasi antara polis dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mulai 25 April nanti.
"Bagi mereka yang tiada kemudahan telefon pintar dan sebagainya, permohonan boleh dibuat di balai polis berhampiran namun perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan di balai polis,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.
Bacaan lanjut menerusi pautan: https://www.bharian.com.my/…/permohonan-bergerak-dari-kampu…
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
