Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Perisik Esscom Gagalkan Aktiviti Abu Sayyaf

Published: 14 Oct 2021 6.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 14 Oktober 2021 - Operasi khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) berjaya menggagal serta melumpuhkan tujuh aktiviti kumpulan Abu Sayyaf (ASG) sepanjang tahun lalu dan tahun ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-perisik-esscom-gagalkan-aktiviti-abu-sayyaf
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:16 MYT
Kuala Lumpur, 14 Oktober 2021 - Operasi khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) berjaya menggagal serta melumpuhkan tujuh aktiviti kumpulan Abu Sayyaf (ASG) sepanjang tahun lalu dan tahun ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Dato' Sri Dr. Haji Ismail Haji Mohamed Said berkata, empat aktiviti yang berjaya digagalkan itu adalah pada tahun lalu, manakala tiga lagi aktiviti yang dilumpuhkan pada tahun ini.

Katanya, kejayaan mengekang ancaman ASG itu adalah hasil penggunaan kaedah perisikan manusia (human intelligence) yang menjadi antara aspek penting yang dititikberatkan ESSCOM bagi mengekalkan tahap pengoperasian yang tinggi.
"Kaedah ini menekankan pengumpulan maklumat daripada individu atau kumpulan sasaran tertentu melalui libat urus agensi dengan individu, kumpulan atau komuniti.

"Kaedah interaksi sosial yang dilaksanakan sekarang memberi impak positif dengan perubahan persepsi masyarakat bahawa kerajaan sentiasa menitikberatkan faktor keselamatan nyawa dan harta benda rakyat di kawasan terbabit.

"Saya juga ucap ribuan terima kasih kepada masyarakat setempat dan kumpulan komuniti tertentu yang sentiasa memberi maklumat sekiranya ada ancaman pencerobohan ke dalam negara," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../perisik-esscom-gagalkan...

Sumber: Berita Harian

Perisik ESSCOM gagalkan aktiviti Abu Sayyaf | Berita Harian
ArticlePublished 14 Oct 2021 6.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM