Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Peranti Canggih Gpr Diguna Kesan Mangsa Hilang Boleh Tembus Tanah 5 Meter

Published: 19 Dec 2022 4.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Hulu Selangor, 18 Disember 2022 - Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan peranti canggih, Ground Penetrating Radar (GPR), hari ini, untuk mengesan baki sembilan mangsa masih hilang dalam tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Gohtong Jaya, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-peranti-canggih-gpr-diguna-kesan-mangsa-hilang-boleh-tembus-tanah-5-meter
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:35 MYT
Hulu Selangor, 18 Disember 2022 - Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan peranti canggih, Ground Penetrating Radar (GPR), hari ini, untuk mengesan baki sembilan mangsa masih hilang dalam tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Gohtong Jaya, di sini.

Pengarah Bahagian Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara, (NADMA), DCP Dato' Mohd Khairi Khairudin berkata, ini adalah kali pertama alat mudah alih terbabit digunakan dalam operasi SAR bencana sedemikian di Malaysia dan ia boleh menembusi tanah hingga sedalam lima meter (m) untuk tujuan pengesanan.

"Ia adalah peranti canggih mudah alih dan yang pertama di negara ini digunakan dalam insiden bencana.

"Bagaimanapun, banyak negara jiran sudah menggunakan peranti ini untuk operasi bencana. Kami berharap peranti ini dapat memudahkan operasi SAR," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../peranti-canggih-gpr-diguna...


Artikel Pilihan Peranti Canggih Gpr Diguna Kesan Mangsa Hilang Boleh Tembus Tanah 5 Meter
ArticlePublished 19 Dec 2022 4.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM