Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Penjawat Awam Beruniform Rakam Video Jelek Jejas Imej Kerajaan

Published: 20 Aug 2020 11.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 20 Ogos 2020 - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata, penjawat awam berpakaian seragam tidak patut merakam video tidak senonoh atau berunsur negatif dan memuat naik ke media sosial kerana ia mampu menimbulkan persepsi negatif kepada kerajaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-penjawat-awam-beruniform-rakam-video-jelek-jejas-imej-kerajaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:51 MYT

Kuala Lumpur, 20 Ogos 2020 - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata, penjawat awam berpakaian seragam tidak patut merakam video tidak senonoh atau berunsur negatif dan memuat naik ke media sosial kerana ia mampu menimbulkan persepsi negatif kepada kerajaan.

Presiden (Cuepacs), Encik Adnan Mat mendapati ada penjawat awam yang menaikkan video sedemikian ke platform media sosial peribadi, seperti TikTok, Instagram, YouTube dan Facebook.

“Video jelek dan tidak senonoh seperti menari, menyanyi serta perkongsian hal peribadi yang dirakam ketika berpakaian uniform menjadikan imej jabatan berkenaan turut menjadi negatif.

“Ini adalah satu aktiviti yang tidak sepatutnya dilakukan, terutama jika masih dalam waktu bekerja.

“Aktiviti atau tabiat ini juga tidak wajar dilakukan walaupun mereka di luar waktu bekerja kerana boleh menimbulkan persepsi negatif kepada perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebagai penjawat awam yang beruniform rasmi, mereka perlu menghormati jawatan disandang dan pasukan yang dianggotai.

“Setiap uniform atau pakaian rasmi jabatan mempunyai etika pemakaian masing-masing dan perlu dipatuhi serta dihormati tidak kira polis, tentera, penguatkuasa, jururawat, doktor atau penjawat awam biasa yang memakai baju korporat.

Katanya, tindakan merakam dan memuat naik video tidak senonoh akan menimbulkan persepsi kepada orang ramai yang penjawat awam banyak melakukan aktiviti lain ketika bekerja dan seterusnya menjejaskan reputasi serta imej perkhidmatan awam.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.freemalaysiatoday.com/…/penjawat-awam-berunifo…/

Sumber: Free Malaysia Today

ArticlePublished 20 Aug 2020 11.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM