Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pengurusan Lokap Pemeriksaan Ketua Polis Daerah Ketua Balai Antara Mekanisme Baharu Pengarah Jips

Diterbitkan: 22 Feb 2022 11.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Azri Ahmad berkata perkara itu merupakan cadangan penambahbaikan mekanisme pengurusan lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM), agar ia dilaksanakan dengan lebih teliti dan berkesan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pengurusan-lokap-pemeriksaan-ketua-polis-daerah-ketua-balai-antara-mekanisme-baharu-pengarah-jips
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:28 MYT
Kuala Lumpur, 22 Februari 2022 - Pemeriksaan dan lawatan lokap oleh Ketua Polis Daerah atau Ketua Polis Balai serta pemeriksaan fizikal tahap kesihatan orang kena tahan (OKT) adalah antara mekanisme yang dikenal pasti bagi menangani isu kematian dalam tahanan.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Azri Ahmad berkata perkara itu merupakan cadangan penambahbaikan mekanisme pengurusan lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM), agar ia dilaksanakan dengan lebih teliti dan berkesan.

Beliau berkata penambahbaikan itu hasil pemeriksaan pematuhan proaktif yang dilakukan JIPS terhadap salah laku atau ketidakpatuhan serta kelemahan pengurusan lokap yang dikenal pasti.

“Perkara-perkara yang akan dilakukan dalam penambahbaikan ini adalah pemeriksaan dan rondaan sel tiap sejam oleh anggota sentri dan pengawal lokap, selain pemeriksaan kesihatan OKT oleh Timbalan Pegawai Penjaga atau mana-mana pegawai di bawah arahannya setiap kali OKT keluar masuk lokap.

“Di samping itu, JIPS di peringkat Bukit Aman, kontinjen dan daerah juga akan meningkatkan pemeriksaan serta pemantauan prosedur operasi standard sebagai tindakan semak dan imbang,” katanya kepada Bernama.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Pengurusan lokap: Pemeriksaan Ketua Polis Daerah, Ketua Balai antara mekanisme baharu

ArtikelDiterbitkan 22 Feb 2022 11.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM