Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pengikut Gisbh Masih Dalam Negara Tiada Kemampuan Lari Ke Negara Jiran Kpn

Published: 25 Sep 2024 9.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 25 September 2024 - Polis percaya pengikut GISB Holdings (GISBH) yang digempur melalui Op Global ketika ini, dipercayai masih berada dalam negara kerana sukar untuk melarikan diri ke luar negara termasuk Thailand yang berjiran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pengikut-gisbh-masih-dalam-negara-tiada-kemampuan-lari-ke-negara-jiran-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:29 MYT
Kota Bharu, 25 September 2024 - Polis percaya pengikut GISB Holdings (GISBH) yang digempur melalui Op Global ketika ini, dipercayai masih berada dalam negara kerana sukar untuk melarikan diri ke luar negara termasuk Thailand yang berjiran.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata ini kerana ahli dan pengikut GISBH terlalu bergantung kepada kepimpinan tertinggi organisasi itu terutama dalam hal kewangan.

Beliau berkata, pengikut GISBH tiada kemampuan untuk melarikan diri ke sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Kelantan kerana segala dana, elaun dan kewangan mereka mengharapkan pemimpin GIBSH yang sudah ditangkap dan dibekukan akaun mereka baru-baru ini.

"Kepimpinan tertinggi GISBH telah ditangkap, jadi yang ada di bawah (pengikut GISBH) tidak ada kemampuan untuk lari (ke sempadan negara).

"Justeru pengikut GISBH masih ada di sini (dalam negara) dan mereka menyorok kerana tiada duit, gaji dan sebagainya untuk melarikan diri," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../pengikut-gisbh-masih-dalam...

ArticlePublished 25 Sep 2024 9.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM