Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Sempurnakan Perasmian Persidangan Tritahunan Pacsu Kali Ke 39

Diterbitkan: 25 Sep 2024 8.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ampang, 25 September 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir menyempurnakan perasmian Persidangan Tritahunan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) Kali Ke-39 bertempat di Hotel Grand Barakah, di sini pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-sempurnakan-perasmian-persidangan-tritahunan-pacsu-kali-ke-39
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:25 MYT
Ampang, 25 September 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir menyempurnakan perasmian Persidangan Tritahunan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) Kali Ke-39 bertempat di Hotel Grand Barakah, di sini pagi tadi.

Ketibaan Tan Sri Razarudin sekitar jam 10.00 pagi tadi telah disambut oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan bersama Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ts. Azizee Ismail sebelum dibawa ke Cenderawasih Grand Ballroom.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Razarudin menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada seluruh warga PACSU bersempena sambutan Jubli Intan sejak penubuhannya pada tahun 1951 dan yakin serta percaya bahawa PACSU amat komited memperjuangkan hak-hak dan kepentingan serta tuntutan gaji dan elaun pegawai awam yang bertugas dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada PACSU kerana telah berusaha memperjuangkan hak serta kepentingan pegawai awam PDRM di peringkat kebangsaan, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Jabatan Perkhidmatan Am dan saluran yang lain. Sikap toleransi, kerjasama dan semangat esprit de corp yang dipamerkan oleh pegawai awam menjadi kebanggaan dan menyumbang kepada pengukuhan imej PDRM." ucap beliau.

Menurut Tan Sri Razarudin lagi, warga perkhidmatan awam harus proaktif dan inovatif dalam meningkatkan kompetensi diri secara menyeluruh merangkumi pengetahuan, kemahiran dan keupayaan ke arah peningkatan produktiviti penjawat awam agar lebih berdaya saing sejajar dengan arus globalisasi semasa.

Turut ditayangkan tadi ialah montaj khas bersempena sambutan Jubli Intan PACSU Ke-75 dalam memacu perkhidmatan awam di dalam Pasukan.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin diiringi Presiden PACSU, Encik Anuar Mamat diberi penghormatan menyampaikan Anugerah Emas PACSU kepada penerima iaitu Ahli Cawangan Negeri Sembilan yang bakal besara, Encik Zaini Marawi dan Anugerah Cawangan Terbaik PACSU (2021-2024) kepada Cawangan Kontinjen Kedah.

Hadir sama, Setiausaha Agung CUEPACS, Encik Abd Rahman Hj. Nordin, Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Mohd Azam Ismail, ahli-ahli EXCO PACSU, presiden dan wakil Kesatuan Pegawai Awam Polis Sarawak (SPOCSU) dan Kesatuan Kakitangan Tadbir dan Awam Polis Sabah (SPACSU) serta para perwakilan dari seluruh kontinjen.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 13 people and text

May be an image of 10 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text that says '2027 ZARUDIN ZARUDINPNHUSAIN HUSAING HUSAIN ARA ABU| 10L9 AMPAN beta NIAN 사HI 計る SU'

May be an image of 8 people, wedding and dais

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 10 people, dais, wedding and text


ArtikelDiterbitkan 25 Sep 2024 8.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM