Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Penganggur Didenda Rm10 000 Hina Nabi Muhammad Dan Agama Islam

Diterbitkan: 15 Mar 2021 1.41 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 15 Mac 2021 - Akibat memuat naik hantaran bersifat jelik menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, seorang penganggur didenda RM10,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-penganggur-didenda-rm10-000-hina-nabi-muhammad-dan-agama-islam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:16 MYT

Kuala Lumpur, 15 Mac 2021 - Akibat memuat naik hantaran bersifat jelik menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, seorang penganggur didenda RM10,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zahrein Zakariah, 39, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah melakukan kedua-dua kesalahan tersebut.

Bagi setiap pertuduhan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan, jika gagal membayar denda itu. OKS membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Zahrein didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil “Semar Tilem".
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya, dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../penganggur-didenda-rm10000...

ArtikelDiterbitkan 15 Mar 2021 1.41 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM