
Artikel
Artikel Pilihan Penemuan Bom Di Kereta Siti Kasim Jenayah Serius Kpn
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek melalui cap jari dan bukti lain yang berkaitan.
Kuala Lumpur, 24 Julai 2023 - Polis masih mengesan suspek yang meletakkan bom jenis Improvised Explosive Device (IED) di bahagian tayar kereta milik peguam, Siti Kasim.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek melalui cap jari dan bukti lain yang berkaitan.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Polis Kontinjen Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Tan Sri Razarudin berkata, polis mengambil tindakan agresif dalam siasatan dan tidak akan membiarkan individu tidak bertanggungjawab melakukan jenayah sedemikian.
"Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan yang boleh mengganggu siasatan," katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../penemuan-bom-di-kereta...
Sumber: Sinar Harian