Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Penempatan Pasukan Dron Tingkat Kawalan Keselamatan Esszone

Published: 28 Jul 2023 7.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, pasukan itu akan diletakkan di bawah Pasukan Polis Marin (PPM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-penempatan-pasukan-dron-tingkat-kawalan-keselamatan-esszone
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:25 MYT
Kota Kinabalu, 28 Julai 2023 - Penempatan pasukan dron di Lahad Datu akan membantu memantapkan lagi pengoperasian pasukan keselamatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, pasukan itu akan diletakkan di bawah Pasukan Polis Marin (PPM).

Beliau berkata, dengan adanya penggunaan dron ia akan memudahkan pasukan tindak balas pantas bergerak dengan dikordinasikan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Katanya, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai pegawai yang berkelayakan dan mendapat pengiktirafan sebagai tenaga pengajar di peringat dunia.

Maka, ia membolehkan pasukan dron dilatih dan akan diletakkan di bawah PPM yang akan sama-sama membantu pasukan ESSCOM mengawal keselamatan di perairan pantai timur Sabah.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.utusan.com.my/.../penempatan-pasukan-dron...

Artikel Pilihan Penempatan Pasukan Dron Tingkat Kawalan Keselamatan Esszone
ArticlePublished 28 Jul 2023 7.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM