Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Penduduk Jalani Kehidupan Lebih Selamat Sejak Kewujudan Esscom

Published: 31 Jul 2022 11.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Penduduk di sekitar Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) menjalani kehidupan harian dengan lebih selamat dan mereka meyakini perkara itu akan berterusan dengan kewujudan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-penduduk-jalani-kehidupan-lebih-selamat-sejak-kewujudan-esscom
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:18 MYT
Lahad Datu, 31 Julai 2022 - Penduduk di sekitar Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) menjalani kehidupan harian dengan lebih selamat dan mereka meyakini perkara itu akan berterusan dengan kewujudan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

Menurut mereka, keyakinan itu disandarkan dengan komitmen serta dedikasi pasukan keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang bersama-sama menjaga keselamatan dan kedaulatan di bawah payung ESSCOM.

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bakapit di sini, Encik Mohd Shah Abd Hassan berkata, rondaan kerap dilakukan pasukan keselamatan sama ada di darat dan laut meyakinkan penduduk untuk keluar mencari rezeki meskipun pada lewat malam.

"Sebelum ada ESSCOM, penduduk kampung takut-takut keluar cari rezeki kalau sudah lewat disebabkan kedudukan kampung yang hampir dengan laut, (tetapi kini) pasukan keselamatan komited mengawal keselamatan," katanya.

Encik Mohd Shah, 55, berkata, jalinan kerjasama komuniti Kampung Bakapit dan pasukan keselamatan juga membantu mengukuhkan keselamatan melalui perkongsian maklumat.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2105748
Sumber: BERNAMA

Penduduk jalani kehidupan lebih selamat sejak kewujudan ESSCom
ArticlePublished 31 Jul 2022 11.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM