Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pemotong Rumput Didakwa Kerana Halang Pukul Kepala Anggota Polis Bertugas

Published: 15 Jan 2021 2.10 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ipoh, 15 Januari 2021 – Seorang pemotong rumput dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menghalang tugas dan mencederakan seorang anggota polis di Buntong, Selasa lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pemotong-rumput-didakwa-kerana-halang-pukul-kepala-anggota-polis-bertugas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:31 MYT
 
Ipoh, 15 Januari 2021 – Seorang pemotong rumput dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menghalang tugas dan mencederakan seorang anggota polis di Buntong, Selasa lalu.

Tertuduh, P.Subramaniam, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Puan Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Mengikut pertuduhan, P.Subramaniam didakwa dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu Sarjan Mohd Zainudin Mohd Jidin daripada menjalankan tugas dengan enggan menunjukkan kad pengenalan semasa diminta ketika pemeriksaan.

Lelaki itu turut didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada anggota polis terbabit dengan memukul kepala Sarjan Mohd Zainudin menggunakan topi keledar.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 3.15 petang di kawasan Jalan Sungai Pari berhampiran Flat Harmoni di Buntong, dekat sini pada 12 Januari lalu.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.kosmo.com.my/.../pemotong-rumput-didakwa.../


Artikel Pilihan Pemotong Rumput Didakwa Kerana Halang Pukul Kepala Anggota Polis Bertugas
ArticlePublished 15 Jan 2021 2.10 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM