Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pemilik Akaun Twitter Zulfadzli Bumilangit Ditahan Bukit Aman

Diterbitkan: 24 Nov 2022 2.02 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 24 November 2022 - Pemilik akaun Twitter menggunakan nama Zulfadzli@bumilangit yang memuat naik video mengandungi unsur perkauman di media sosial ditahan polis, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pemilik-akaun-twitter-zulfadzli-bumilangit-ditahan-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:11 MYT
Kuala Lumpur, 24 November 2022 - Pemilik akaun Twitter menggunakan nama Zulfadzli@bumilangit yang memuat naik video mengandungi unsur perkauman di media sosial ditahan polis, hari ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.

“Lelaki itu direman bermula hari ini hingga 26 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini pemilik akaun Twitter tersebut difahamkan memuat naik video TikTok yang tular yang menjurus kepada unsur perkauman sehingga boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 24 Nov 2022 2.02 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM