Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pembukaan Sempadan Pga Telah Diatur Gerak Pantau Kawasan Pintu Masuk Negara Kpn

Diterbitkan: 29 Mar 2022 7.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 29 Mac 2022 - Pasukan Gerakan Am (PGA) telah diatur gerak untuk membuat pemantauan rapi di kawasan berhampiran pintu masuk negara sebagai persediaan pembukaan sempadan Malaysia pada 1 April ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pembukaan-sempadan-pga-telah-diatur-gerak-pantau-kawasan-pintu-masuk-negara-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:38 MYT
Kuala Lumpur, 29 Mac 2022 - Pasukan Gerakan Am (PGA) telah diatur gerak untuk membuat pemantauan rapi di kawasan berhampiran pintu masuk negara sebagai persediaan pembukaan sempadan Malaysia pada 1 April ini.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, tumpuan diberikan kepada kawasan utara Semenanjung, Pantai Timur Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak.
“Program turut akan dilancarkan di Kota Bharu, Kelantan dan Kedah oleh PGA untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa polis telah bersiap sedia untuk menangani apa juga perkara yang timbul susulan pembukaan sempadan ini,” katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran buku ‘Jenayah Siber di Malaysia’ oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Keselamatan Asia 2022, di sini, hari ini.
Pada September tahun lepas, PGA menjadi agensi tunggal dalam penugasan keselamatan dan penguatkuasaan sempadan negara susulan penstrukturan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) ke dalam Polis Diraja Malaysia.
Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, bahawa PGA akan meneruskan semua fungsi yang sebelum ini dilaksanakan AKSEM di kawasan sempadan melalui peruntukan undang-undang sedia ada.
Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Pembukaan Sempadan Pga Telah Diatur Gerak Pantau Kawasan Pintu Masuk Negara Kpn
ArtikelDiterbitkan 29 Mar 2022 7.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM