
Artikel
Artikel Pilihan Pelantikan Pucuk Pimpinan Pdrm Manifestasi Penghargaan Kepercayaan Pasukan Kpn
Kuala Lumpur, 25 Jun 2025 - Pelantikan sebagai pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah manifestasi penghargaan dan kepercayaan pasukan berkenaan ata...
Kuala Lumpur, 25 Jun 2025 - Pelantikan sebagai pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah manifestasi penghargaan dan kepercayaan pasukan berkenaan atas kredibiliti serta keupayaan seseorang, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail.
Beliau berkata ia adalah amanah yang perlu digalas dalam memperkukuh operasi jabatan demi melestarikan kesejahteraan dan keselamatan negara secara holistik.
“Saya yakin dengan pengalaman, kemahiran dan gaya kepimpinan yang ada, Datuk-Datuk dan tuan-tuan mampu mengurus tadbir jabatan masing-masing melalui pendekatan strategik ke arah penyampaian perkhidmatan yang berkesan.
“Semoga pelantikan ini akan terus membakar semangat perjuangan dalam memacu pasukan ke arah kecemerlangan dan memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap institusi kepolisan negara,” katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...