Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pegawai Polis Jadi Hero Padam Kebakaran Di Bau

Published: 10 Jun 2022 1.46 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bau, 10 Jun 2022 - Tindakan pantas seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau berjaya menyelamatkan sebuah kedai makan daripada musnah dalam kebakaran petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pegawai-polis-jadi-hero-padam-kebakaran-di-bau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:58 MYT
Bau, 10 Jun 2022 - Tindakan pantas seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau berjaya menyelamatkan sebuah kedai makan daripada musnah dalam kebakaran petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Tawang Linggem berkata, pihaknya menerima laporan berlaku kebakaran sebuah kedai makan di Pasar Bau pada jam 2.14 petang.

Menurutnya, Inspektor Mahadir Samah yang juga merupakan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Bau kebetulan berada berdekatan kedai tersebut bertindak pantas memadam kebakaran itu menggunakan alat pemadam api jenis debu.

"Pegawai polis terbabit bertindak pantas mengambil alat pemadam api dan terus memadam api yang bermula dari dapur gas di bahagian dapur.
"Setibanya anggota bomba di lokasi kejadian, didapati api telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh beliau," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, 
https://amp.utusanborneo.com.my/2022/06/09/pegawai-polis-jadi-hero-padam-kebakaran-di-bau
ArticlePublished 10 Jun 2022 1.46 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM