Artikel
Artikel Pilihan Pdrm Uji Set Solar Kamera Pemantauan Bantu Logistik Di Sjr
Melaka, 18 Mac 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menguji penggunaan set lampu solar mudah alih dan kamera pemantauan yang boleh diakses secara dalam t...
Melaka, 18 Mac 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menguji penggunaan set lampu solar mudah alih dan kamera pemantauan yang boleh diakses secara dalam talian di Sekatan Jalan Raya (SJR) Alor Gajah dalam usaha mengoptimumkan perbelanjaan dan meningkatkan perkhidmatan pasukan itu.
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim berkata, dua set lampu solar mudah alih dan satu kamera pemantauan yang dibekalkan oleh Koperasi PDRM (KPDRM), telah mula dipasang di SJR Alor Gajah hari ini.
Katanya set lampu solar mudah alih itu yang boleh dilipat bagi memudahkan ia dibawa ke mana-mana, boleh membekalkan cahaya kepada khemah di SJR dengan baik dan penggunaannya boleh menggantikan penggunaan set generator yang menggunakan petrol ataupun diesel.
Datuk Seri Haji Mazlan berkata kamera pemantauan yang boleh diakses secara dalam talian akan memudahkan komander operasi untuk melakukan pemantauan terhadap pegawai dan anggota ketika mereka menjalankan tugas.
Sumber:
BERNAMA
