Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Tidak Sekat Agensi Penguat Kuasa Siasat Pegawai Anggota Terlibat Rasuah Kpn

Published: 29 Aug 2024 12.04 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kota Bharu, 29 Ogos 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menyekat mana-mana agensi terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pegawai dan anggota polis yang terlibat dengan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-tidak-sekat-agensi-penguat-kuasa-siasat-pegawai-anggota-terlibat-rasuah-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:33 MYT
Kota Bharu, 29 Ogos 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menyekat mana-mana agensi terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pegawai dan anggota polis yang terlibat dengan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata PDRM tidak akan berkompromi sekiranya ada anggota dan pegawainya terlibat rasuah.
Beliau berkata hubungan antara PDRM dan SPRM sangat baik selain pihaknya akan memberi kerjasama dan membantu segala keperluan SPRM dalam membuat siasatan terutamanya yang terlibat dengan rasuah.
“Di PDRM, kita telah menyatakan bahawa anggota dan pegawai mesti mempunyai integriti. Oleh itu, kesemua pegawai dan anggota mesti mematuhi semua undang-undang yang ada di Malaysia dan segala peraturan pemerintah tetap KPN berkenaan displin dan juga tatakerja.
“Saya mengingatkan kepada semua anggota dan pegawai termasuk kepada diri saya sendiri supaya bertunjangkan kepada integriti dan tatakerja yang baik,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Pdrm Tidak Sekat Agensi Penguat Kuasa Siasat Pegawai Anggota Terlibat Rasuah Kpn
ArticlePublished 29 Aug 2024 12.04 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM