
Article
Artikel Pilihan Pdrm Tidak Lindungi Anggota Terbabit Jenayah
Serdang, 22 Februari 2023 - Pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan sesekali melindungi atau cuba menyembunyikan mana-mana pegawai dan anggotany...
Serdang, 22 Februari 2023 - Pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan sesekali melindungi atau cuba menyembunyikan mana-mana pegawai dan anggotanya yang didapati terbabit dalam sebarang bentuk kesalahan jenayah.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM juga tidak akan sama sekali berkompromi terhadap pihak yang didapati bersalah.
"Dalam perkembangan serta kepesatan media sosial pada masa kini, kita juga sering menjadi perhatian masyarakat yang mana setiap salah laku akan dilaporkan dalam mana-mana aplikasi media sosial," katanya dalam ucapan perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pemangku Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam, Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Anbalagan Arumugam.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1067661/pdrm-tidak-lindungi-anggota-terbabit-jenayah?fbclid=IwAR03DXIT5AS7yVV3_vb4RK0Kj-diBLEHjRfjhq_s-1nHbH8iEXDvGfftdYE