
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Adakan Lawatan Kebajikan Ke Atas Warganya
Kuala Lumpur, 22 Februari 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay telah mengadakan lawatan kebajikan ke...
Kuala Lumpur, 22 Februari 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas warga kerjanya di sekitar Lembah Klang, di sini, hari ini.
Lawatan diteruskan ke atas Encik Suhaiddy Saari, suami kepada Puan Nurul Huda Abdul Rahim yang menghidap sakit jantung kronik di Kampung Setia, Setapak dan kunjungan tersebut diakhiri dengan menyantuni Inspektor Muhammad Fadli Abd Rahman yang telah menimang cahaya mata baru-baru ini.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Narkotik, (Risikan/Operasi) Bukit Aman, DCP Zainuddin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Narkotik, (Risikan/Operasi) Bukit Aman, SAC Zaharudin Rasip dan sebahagian pegawai kanan JSJN.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik