Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pdrm Siasat Kemungkinan Tiga Rakyat Malaysia Termasuk Penyanyi Rap Jadi Keldai Dadah Kpn

Diterbitkan: 13 Jun 2025 10.10 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.56 PM
Kuala Lumpur, 13 Jun 2025 – Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung tangkapan tiga rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi rap di Laos atas kesalahan memiliki dadah, termasuk kemungkinan mereka diperdaya atau dipergunakan oleh sindiket antarabangsa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-siasat-kemungkinan-tiga-rakyat-malaysia-termasuk-penyanyi-rap-jadi-keldai-dadah-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:22 MYT
Kuala Lumpur, 13 Jun 2025 – Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung tangkapan tiga rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi rap di Laos atas kesalahan memiliki dadah, termasuk kemungkinan mereka diperdaya atau dipergunakan oleh sindiket antarabangsa.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kini sedang meneliti maklumat yang diperoleh hasil soal siasat oleh pihak berkuasa Laos.

“Siasatan akan merangkumi pelbagai sudut, termasuk kemungkinan mereka dijadikan keldai dadah atau terlibat dengan sindiket,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketiga-tiga lelaki berusia antara 25 hingga 29 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Vientiane pada 27 Mei lepas, setelah pemeriksaan terhadap enam bagasi milik mereka menemukan 103 bungkusan plastik mengandungi 86 kilogram Ganja.

Tan Sri Razarudin berkata ketiga-tiga suspek dipercayai merancang untuk menaiki penerbangan Thai Airways ke Jerman bagi menghantar bekalan dadah berkenaan dan kini ditahan di Penjara Phontong, Vientiane.

“Semakan Jabatan Imigresen Malaysia mendapati mereka berlepas ke luar negara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 22 Mei. Namun, maklumat daripada pihak berkuasa Thailand menunjukkan tiada rekod kemasukan atau keluar ke negara itu,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

May be an image of 1 person and text that says '榛モ RAZARUDIN' RERNAMA'


ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2025 10.10 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.56 PM