Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Siasat Dakwaan Anggota Merokok Di Kedai Makan Kpn

Published: 10 Oct 2024 6.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 10 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti hantaran di media sosial berhubung anggota didakwa merokok di kedai makan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-siasat-dakwaan-anggota-merokok-di-kedai-makan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 04:57 MYT
Kuala Lumpur, 10 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti hantaran di media sosial berhubung anggota didakwa merokok di kedai makan.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya sedang mengenal pasti butiran lanjut termasuk bila kejadian terbabit berlaku.
"Kita perlu periksa kejadian itu baru berlaku atau ia gambar lama yang ditularkan.
"Sekiranya ia (merokok di kedai makan) kejadian baru, kita akan mengesan mereka yang terlibat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tan Sri Razarudin turut memberi amaran kepada semua warga PDRM untuk tidak melanggar undang-undang ditetapkan.
"Penyelia juga boleh diambil tindakan di bawah Peraturan 3C Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan &Tatatertib) 1993 sekiranya anggota bawahan mereka melakukan perkara sebegitu," katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../pdrm-siasat-dakwaan...


Artikel Pilihan Pdrm Siasat Dakwaan Anggota Merokok Di Kedai Makan Kpn
ArticlePublished 10 Oct 2024 6.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM