Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Siap Sedia Hadapi Pru15 Dalam Masa Terdekat Kpn

Published: 04 Oct 2022 1.07 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Georgetown, 4 Oktober 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa membuat persediaan rapi dari segi sumber manusia dan aset bagi memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-siap-sedia-hadapi-pru15-dalam-masa-terdekat-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:21 MYT
Georgetown, 4 Oktober 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa membuat persediaan rapi dari segi sumber manusia dan aset bagi memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

Beliau berkata, justeru, pasukannya sentiasa dalam keadaan bersiap sedia jika PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

"Untuk PRU15 sekarang ini nampaknya sedang hangat diperkatakan dan seperti mana tahun terdahulu, PDRM dah buat persiapan rapi dari pelbagai sumber terutama manusia dan aset-aset bagi memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya itu.

"Insya-Allah dengan persiapan kita laksanakan dan aturkan, pilihan raya akan berjalan lancar, tenteram dan aman. Kalau PRU15 dalam masa terdekat, kami pihak polis sedia berkhidmat jadi kita sentiasa siap sedia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2126029

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 04 Oct 2022 1.07 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM