Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Sedia Tangani Isu Keselamatan Sabah Terutama Ancaman Kumpulan Abu Sayyaf Kpn

Published: 02 Aug 2022 2.40 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Beliau yang menyifatkan ancaman keselamatan itu sebagai ‘wabak penyakit’ yang sentiasa ada, berkata pihaknya bersama pasukan keselamatan yang lain sentiasa dalam keadaan bersedia, malah dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini telah menahan lima warga Filipina dipercayai anggota ASG.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-sedia-tangani-isu-keselamatan-sabah-terutama-ancaman-kumpulan-abu-sayyaf-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:27 MYT
Lahad Datu, 2 Ogos 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersedia menangani ancaman keselamatan di Sabah, terutama daripada kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dengan melaksanakan pelbagai langkah pencegahan, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

Beliau yang menyifatkan ancaman keselamatan itu sebagai ‘wabak penyakit’ yang sentiasa ada, berkata pihaknya bersama pasukan keselamatan yang lain sentiasa dalam keadaan bersedia, malah dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini telah menahan lima warga Filipina dipercayai anggota ASG.

Beliau berkata bagi menghadapi ancaman itu juga 3,475 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) serta 900 anggota Pasukan Polis Marin (PPM) ditempatkan di kawasan pantai timur Sabah, jumlah yang jauh lebih besar berbanding kawasan wilayah marin lain.

"Meskipun hampir dua tahun tiada ancaman (ASG), tidak bermakna ancaman itu terhapus terus, tidak bermakna kumpulan itu tidak mengintai peluang melakukan jenayah, bukan bererti kita boleh bersenang hati dan kita mula melonggarkan kawalan aspek keselamatan di pantai timur Sabah ini akan sentiasa wujud.

"Di pihak kita, sentiasa berjaga dan meningkatkan keupayaan menangkis ancaman keselamatan,” katanya selepas menutup kursus asas Briged Sabah PGA Siri 1/2022 setelah 44 hari diadakan dengan pembabitan dua pegawai kanan serta 84 anggota di sini hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut; https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

PDRM sedia tangani isu keselamatan Sabah, terutama ancaman Kumpulan Abu Sayyaf - KPN
ArticlePublished 02 Aug 2022 2.40 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM