Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Rampas Barangan Seludup Rm293 3 Juta Di Seluruh Negara Sejak Awal Tahun Pengarah Jabatan Kdnka

Published: 17 Aug 2021 1.55 PM Updated: 17 Jul 2026 2.23 AM
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas pelbagai barangan seludup dianggarkan bernilai RM293.3 juta di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-rampas-barangan-seludup-rm293-3-juta-di-seluruh-negara-sejak-awal-tahun-pengarah-jabatan-kdnka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:08 MYT
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas pelbagai barangan seludup dianggarkan bernilai RM293.3 juta di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato' Zainal Abidin Kasim berkata, nilai rampasan berkenaan lebih tinggi berbanding sejumlah RM102.6 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata antara barangan seludup yang dirampas termasuk rokok, arak, daging beku dan pelbagai kenderaan.

"Dari segi tangkapan pula, 1,024 individu ditahan dari Januari hingga Julai tahun ini berkaitan kes penyeludupan. Daripada jumlah itu, 814 individu merupakan warga tempatan manakala selebihnya adalah warga asing antaranya Indonesia dan Filipina.

“Bagi tempoh sama tahun lepas, seramai 996 individu telah ditahan berkaitan kegiatan penyeludupan melibatkan warga tempatan dan warga asing,” katanya.

Dato' Zainal Abidin menjelaskan rampasan barangan seludup dan penahanan individu berkaitan kes berkenaan bukan sahaja dilakukan di sempadan-sempadan negara tetapi juga di kedai runcit atau stor barangan yang dipercayai menyimpan dan memiliki barangan seludup atau tidak dibayar cukai.

"Dalam operasi pembanterasan kegiatan penyeludupan rokok di Sarawak pula, RM225,400 wang tunai dirampas dan 42 individu ditahan kerana cuba memberi sogokan kepada pihak berkuasa antara 2015 hingga April 2021," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 17 Aug 2021 1.55 PMUpdated 17 Jul 2026 2.23 AM