Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Perlu Tambahan Sekurang Kurangnya Satu Batalion Pga Di Sarawak Pengarah Jabatan Kdnka

Published: 22 Aug 2021 12.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Zainal Abidin Kasim berkata, batalion berkenaan berkemungkinan ditempatkan di Kapit, Sarawak memandangkan ia berhampiran dengan Kalimantan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-perlu-tambahan-sekurang-kurangnya-satu-batalion-pga-di-sarawak-pengarah-jabatan-kdnka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:25 MYT
Kuala Lumpur, 22 Ogos 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan tambahan sekurang-kurangnya satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sarawak untuk menguatkan lagi tahap kawalan keselamatan sempadan di negeri itu berikutan pembangunan Kalimantan yang bakal menjadi ibu negara baharu Indonesia.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Zainal Abidin Kasim berkata, batalion berkenaan berkemungkinan ditempatkan di Kapit, Sarawak memandangkan ia berhampiran dengan Kalimantan.

Beliau berkata batalion yang baharu itu diperlukan di Kapit memandangkan keluasannya yang besar dan tidak memadai jika hanya satu kompeni ditempatkan di kawasan itu untuk melakukan kawalan keselamatan.

“Kami sedia maklum tentang Kalimantan yang ingin dijadikan sebagai ibu negara Indonesia yang baharu dan pembangunannya sangat cepat,” katanya dalam wawancara khas kepada Bernama di Bukit Aman, baru-baru ini.

Beliau berkata laluan tidak sah atau lorong-lorong tikus juga ada banyak di kawasan itu dan terdapat keperluan menempatkan batalion baharu di sana.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1995058
Sumber: BERNAMA

PDRM perlu tambahan sekurang-sekurangnya satu batalion PGA di Sarawak - Bukit Aman
ArticlePublished 22 Aug 2021 12.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM