Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Pantau Kes Rakyat Malaysia Diekstradisi Ke As Atas Dakwaan Seludup Hidup Liar

Published: 11 Oct 2022 3.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau kes seorang rakyat Malaysia, Teo Boon Ching yang diekstradisi oleh Amerika Syarikat (AS) kerana dipercayai bersubahat menjalankan aktiviti pemerdagangan hidupan liar terancam dan pengubahan wang haram.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-pantau-kes-rakyat-malaysia-diekstradisi-ke-as-atas-dakwaan-seludup-hidup-liar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:53 MYT
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau kes seorang rakyat Malaysia, Teo Boon Ching yang diekstradisi oleh Amerika Syarikat (AS) kerana dipercayai bersubahat menjalankan aktiviti pemerdagangan hidupan liar terancam dan pengubahan wang haram.

Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin berkata semakan mendapati tiada sebarang kesalahan dikesan dilakukan oleh Teo bersabit kes itu di Malaysia namun pemantauan akan terus dilaksanakan.

“PDRM dan Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar (WCB) sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku terhadap rakyat Malaysia, Teo Boon Ching yang telah diekstradisi dan dituduh di Amerika Syarikat ekoran kesalahan pemerdagangan hidupan liar dan Akta Pengubahan Wang Haram (AS) pada 7 Okt 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dato’ Hjh. Noorsiah berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan agensi penguat kuasa di dalam dan luar negara bagi membanteras jenayah penyeludupan haiwan liar.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,  

https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Pdrm Pantau Kes Rakyat Malaysia Diekstradisi Ke As Atas Dakwaan Seludup Hidup Liar

ArticlePublished 11 Oct 2022 3.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM