Kuala Lumpur, 10 Mac 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah mengambil keterangan pengarah dan seorang pelakon filem Mentega Terbang, hari ini.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Dato' Hjh. Noorsiah Saaduddin berkata, kedua-dua individu itu dirakam percakapan pada 10.30 pagi tadi di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
"Kes masih dalam siasatan pihak USJT dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak," katanya dalam kenyataan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../pdrm-panggil-penerbit-filem...#.
Sumber: Harian Metro

