
Article
Artikel Pilihan Pdrm Mohon Bantuan Interpol Kesan Jocelyn Chia
Kuala Lumpur, 13 Jun 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi mendapatkan identiti dan lokasi terk...
Kuala Lumpur, 13 Jun 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi mendapatkan identiti dan lokasi terkini pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, pihaknya akan melakukan permohonan berkenaan esok bagi membantu siasatan berhubung klip video oleh Jocelyn yang tular di media sosial.
"Pada 7 jun lalu, polis sudah membuat permohonan profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan perkara itu masih lagi dalam tindakan SKMM," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Program Lawatan Hospital Sempena Peringatan Hari Polis ke-216 di Hospital Tuanku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (HPKK), di sini, hari ini.
Bacaan lanjut menerusi pautan berikut,
Sumber: Berita Harian