Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Mahu Bantu Anggota Dan Pesara Banyak Hutang Timbalan Kpn

Published: 03 Oct 2021 1.09 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, langkah membantu anggota dan pesara polis yang terhimpit dengan hutang itu penting bagi mengelakkan mereka terjerumus dalam masalah lebih besar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-mahu-bantu-anggota-dan-pesara-banyak-hutang-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:27 MYT
Johor Bahru, 3 Oktober 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meneliti untuk membantu anggota serta pesaranya yang memiliki hutang tinggi sehingga menjejaskan tugas serta kehidupan mereka.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, langkah membantu anggota dan pesara polis yang terhimpit dengan hutang itu penting bagi mengelakkan mereka terjerumus dalam masalah lebih besar.

Katanya, bantuan hanya akan diberikan kepada anggota dan pesara yang terdesak akibat mempunyai hutang 'sahih' dan bukan hutang atas perkara tidak sewajarnya.

"Bantuan untuk anggota dan pesara yang mempunyai hutang tinggi ini membabitkan dua golongan iaitu pesara dan anggota asnaf (yang masih bertugas).

"Selalunya anggota asnaf ini mempunyai gaji rendah dan mempunyai hutang yang tinggi. Sebagai contohnya anak mahu pergi belajar dan anggota atau pesara terpaksa berhutang atau berlaku musibah seperti sakit perlu berhutang.

"Langkah untuk membantu mereka ini diambil ini bukan sahaja untuk menjaga kebajikan anggota dan pesara, malah memastikan tidak menjejaskan tugas selain tidak melakukan perkara yang tidak sewajarnya," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../pdrm-mahu-bantu-anggota...
Sumber: Harian Metro

PDRM mahu bantu anggota, pesara banyak hutang [METROTV] | Harian Metro


ArticlePublished 03 Oct 2021 1.09 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM