Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Lancar Aplikasi Aduan Jips Salur Maklumat Salah Laku Anggota

Published: 03 Jun 2025 9.33 PM Updated: 15 Aug 2026 8.00 PM
Kuala Lumpur, 4 Jun 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan platform digital baharu yang dikenali sebagai Aduan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM bagi memudahkan orang ramai menyalurkan aduan serta maklumat berkaitan integriti dan salah laku anggota pasukan keselamatan itu
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-lancar-aplikasi-aduan-jips-salur-maklumat-salah-laku-anggota
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:27 MYT
Kuala Lumpur, 4 Jun 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan platform digital baharu yang dikenali sebagai Aduan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM bagi memudahkan orang ramai menyalurkan aduan serta maklumat berkaitan integriti dan salah laku anggota pasukan keselamatan itu.

Pengarah JIPS, CP Dato' Sri Azri Ahmad berkata, aplikasi itu merupakan platform tambahan kepada saluran aduan sedia ada.
"Aplikasi yang dikendalikan sepenuhnya oleh Cawangan Pengurusan Aduan (CPA) JIPS ini diwujudkan bagi memudahkan penyampaian maklumat dan aduan melibatkan warga PDRM secara pantas, selamat dan telus," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Dato' Sri Azri berkata, orang ramai perlu mendaftar sebagai pengguna sebelum menggunakan aplikasi tersebut.
"Ia penting bagi membolehkan pengguna menyalurkan dan menyemak aduan serta menerima maklum balas secara langsung. Maklumat itu akan diuruskan dengan selamat dan teratur," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../pdrm-lancar-aplikasi...

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 5 people and text


ArticlePublished 03 Jun 2025 9.33 PMUpdated 15 Aug 2026 8.00 PM